Pizza Wrap.
Kalian dapat masak Pizza Wrap memakai 12 ramuan dan 3 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 2 keping Gardenia Wrap (garlic).
- Isi ayam goreng diracik buang tulang.
- Sosej (dihiris).
- Lada benggala (dihiris).
- Cendawan butang (dihiris).
- Bawang holland (dihiris).
- Tomato (dihiris).
- Tomato puree.
- Sos Korea Adabi (jika mahu pedas).
- Sedikit mix herbs.
- Beberapa kepingan cheese cheddar.
- Mozarela.
Penyediaan awal
- Lapisan bawah: Ambil sekeping wrap. Sapur rata tomato puree. Taburkan sedikit mix herbs. Carik-carik kepingan cheese dan taburkan mozarela..
- Lapisan atas: Ambil satu lagi kepingan wrap. Letakkan di atas wrap pertama tadi. Sapukan tomato puree yang dicampur dengan sos Korea Adabi. Letakkan bahan yang dihiris dan isi ayam goreng. Susun bahan-bahan ini mengikut kreativiti. Akhir sekali, taburkan mozarela..
- Bakar di dalam air fryer dengan suhu 190 darjah selama 20 minit sehingga keju mencair. Siap dihidang..