Bun Burger.
Kalian dapat masak Bun Burger memakai 10 ramuan dan 6 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- 250 gram tepung high protein.
- 50 gram tepung gandum.
- 2 sudu besar gula.
- 1 sudu kecil garam.
- 2 besar tepung susu.
- 1 1/2 sudu teh yis Kering.
- 1 biji telur (kecil) – (Tinggalkan sedikit untuk buat gliss pada roti nanti).
- 2 sudu besar marjerin atau mentega.
- 100 ml susu segar.
- 60 ml air suam.
Langkah langkah
- Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh..
- Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam..
- Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka..
- Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah disapukan dengan mentega. Perap sehingga roti naik dua kali ganda..
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger..
- Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair..