Bun Roti Gluten Free #PhoPbyLiniMohd versi Ketogenic.
Kalian dapat menyiapkan Bun Roti Gluten Free #PhoPbyLiniMohd versi Ketogenic memakai 13 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- Bahagian Kering.
- 1 1/4 cawan almond flour.
- 5 sudu besar Psyllium Husk.
- 2 sudu kecil baking powder.
- 1/2 sudu kecil Himalayan Salt.
- Bahagian Basah.
- 3 biji telur putih (asingkan kuning).
- 1 sudu besar Apple Cider Vinegar (ACV).
- Bahagian Air Panas.
- 3/4 cawan air mendidih.
- Bahagian Hiasan.
- 2 sudu besar biji bijan.
- Kuning telur (yang diasingkan tadi).
Langkah langkah
- Pre-heat oven kepada 160°c. Gaul mesra bahagian kering.
- Pukul sebati bahagian basah.
- Masukkan bahagian basah kedalam bahagian kering, gaulkan. Bila mesra, masukkan bahagian air panas sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh. Air panas tersebut tak semestinya dimasukkan semua, bila doh menjadi mudah untuk dibulatkan, rehadkan sebentar seminit dua.
- Basahkan tangan dengan air, kemudian bulat ² kan kecil ² doh. Susun keatas tray atau parchment paper dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 min pada suhu 160°C atau ikut kesesuaian oven anda..
- Keto bun ni sedap dimakan dengan butter, sambal ikan bilis, sambal sardin, sup atau apa sahaja kegemaran anda..