Strata Roti bersama ayam dan bayam (BREAD STRATA) #breadbonus.
Kalian dapat menyajikan Strata Roti bersama ayam dan bayam (BREAD STRATA) #breadbonus memakai 12 ramuan dan 11 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.
Ramuan
- 12 keping roti.
- 150 g daun bayam.
- 1 cawan keju mozarella/cheddar.
- 1 cawan isi ayam yang telah dimasak.
- Campuran Telur.
- 4 biji telur gred A.
- 1 cawan/200ml susu segar.
- 2 keping chicken slice.
- 1/4 cawan keju parmesan.
- 1 camca kecil black pepper.
- Sedikit lada sulah.
- Garam.
Langkah langkah
- Sedikan bahan-bahan.
- Basuh bayam dengan air garam dan stimkan. Hanya ambil masa kira-kira 3-5minit. Sementara tunggu bayam sedia, siapkan bahan-bahan lain.
- Gaulkan semua bahan-bahan untuk campuran telur. Cincang dulu chicken slice sebelum dimasukkan ke dalam campuran telur. Saya tambah sedikit garlic powder. Tak ada pun tak apa..
- Bahagikan 2 bahagian roti yang telah dipotong kecil-kecil dan susun dalam bekas casserole.
- Masukkan bayam yang telah di stim. Pastikan perah dulu airnya..
- Masukkan pula ayam yang telah dimasak. Saya masukkan sisa lauk ayam bakar semalam. Boleh ganti dengan apa saja seperti sambal bilis, rendang ayam, sardin atau sate ikut selera masing-masing. Pastikan telah ditos terlebih dahulu atau masak hingga kering kuah..
- Lapiskan pula dengan keju. Sebaiknya keju mozarella atau apa saja keju yang mencair. Tapi cuma ini saja yang ada di rumah. Jadilah.
- Lapiskan dengan potongan roti selebihnya. Tuangkan campuran telur dan padatkan. Tabur keju lagi di atas..
- Tutup bekas dengan aluminium foil dan bakar selama 20 minit pada suhu 180°c. Kemudian buka foil dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga masak..
- Siap untuk dimakan!.
- Cadangan hidangan: sedap di makan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran. Saya makan dengan sos bolognese dan taburkan dengan keju parmesan.