Roti Jala Istimewa bersama Kari Ayam #phopbylinimohd #menuberbuka.
Kalian dapat masak Roti Jala Istimewa bersama Kari Ayam
#phopbylinimohd
#menuberbuka memakai 19 ramuan dan 6 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- Bahan Roti Jala :.
- 2 cawan tpg gandum.
- 2 cawan santan cair.
- 1 sudu teh garam.
- 1 biji telor ayam.
- 2 sudu besar minyak masak.
- Bahan Kari Ayam:.
- 2 biji bawang besar saiz sederhana *.
- 2 ulas bawang putih*.
- sedikit halia*.
- 3 sudu serbuk kari ayam (babas)*.
- 1 @ 2 sudu lada kisar*.
- 1 mangkuk santan pekat.
- air secukupnya.
- sedikit gula dan garam.
- sedikit air asam jawa.
- isi ayam dipotong dadu.
- kacang panjang dipotong lbh kurang 1 inci panjang.
- lobak dipotong lebih kurang 1 inci panjang kentang dipotong 1 inci panjang.
Petunjuk
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Selepas itu blend sehingga menjadi sebati..
- Asingkan dan tambahkan pewarna yang anda mahu jika anda inginkan roti jala yang perbagai warna. Panaskan non stick pan, bila panas sapu permukaan pan dengan tisu yang dicelup dalam minyak. Masukkan adunan roti jala ke dalam acuan.
- Gunakan api sederhana, tuang acuan ke atas permukaan. Golek ke kiri kanan / kirai acuan. Biarkan 1 minit, selepas itu angkat dan gulung roti jala yang telah siap. jika adunan pekat dan susah keluar daripada muncung, tambah sedikit air.
- Bahan yang bertanda * dikisar bersama serbuk kari dan lada kisar. Selepas siap, panaskan periuk dengan api sederhana kecil, masukkan 3 sudu minyak. Biarkan seketika dan selepas itu tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk dapatkan hasil yang cantik..
- Masukkan sedikit air dalam anggaran 1 cawan air dan masukkan potongan ayam. Biarkan ia mereneh seketika dan bila ayam masak, barulah dimasukkan santan pekat. Biarkan ianya mendidih..
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula sayur-sayuran, gula dan garam, sedikit air asam jawa dan biarkan ia masak seketika. Siap..