Roti Jala Sos Durian.
Kalian dapat menyiapkan Roti Jala Sos Durian memakai 15 ramuan dan 10 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- 👉 Roti jala.
- 250 gm Tepung serbaguna.
- 250 ml Susu Penuh Krim.
- 150 ml Air.
- 1 biji Telur.
- 1/4 sudu teh Garam halus.
- 30 ml Minyak jagung.
- Secukup rasa Pewarna makanan hijau.
- Secukup rasa Pewarna makanan kuning.
- 👉 Sos Durian.
- 1 biji Durian.
- 200 ml Santan (Kara).
- 300 ml Air panas.
- 3 sudu besar Gula pasir.
- 1/8 sudu kecil Garam halus (Optional).
Langkah langkah
- Sediakan bahan-bahan.
- Untuk ROTI JALA: Masukkan ke dalam pengisar, susu, air, minyak, telur.
- Masukkan garam, dan tepung, kemudian kisarkan sehingga sebati. Biarkan adunana selama 15 minit..
- Adunan dibahagi 2, 1 bahagian ditambahkan dengan beberapa titis pewarna hijau, kemudian digaul rat, dan masukkan adunan ke dalam botol dengan penutup yang berlubang-lubang.
- Panaskan kuali non-stick/teflon dengan menggunakan api kecil, tuangkan adunan dengan teknik berputar-putar di atas kuali sehingga membentuk jala/jaring. Masak selama 1-2 minit sehingga masak, jangan diterbalikkan ya. Selepas itu keluarkan roti jala, lipat dan gulung. Ulang sehingga adunan habis.
- Tambahkan beberapa titis pewarna makanan kuning ke dalam 1 lagi bahagian adunan, gaul rata dan masukkan ke dalam botol khas untuk roti jala.
- Panaskan kuali non-stick/teflon dengan menggunakan api kecil, tuangkan adunan dengan teknik berputar-putar di atas kuali sehingga membentuk jala/jaring. Masak selama 1-2 minit sehingga masak, jangan diterbalikkan ya. Selepas itu keluarkan roti jala, lipat dan gulung. Ulang sehingga adunan habis.
- Untuk SOS DURIAN: Masukkan ke dalam sauce pan/periuk, durian, gula pasir, santan, air panas.
- Masukkan garam kacau rata dan masak sos sehingga pekat dengan menggunakan api kecil, sambil dikacau berterusan. Kemudian keluarkan biji durian. Selepas sos durian memekat, padamkan api, keluarkan dan biarkan Sos Durian sehingga sejuk.
- Cara menghidang: Letakkan beberapa gulung roti jala di atas piring hidangan, kemudian siramkan Sos Durian di atasnya. Hiaskan dengan Ceri dan daun pudina. Nikmatilah....😋😋😋😚😚😚.